Salasilah Dinar Emas

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:

publicdinar_clip_image004.jpg
Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 – 420 AD)

publicdinar_clip_image005.jpg publicdinar_clip_image006.jpg
Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 – satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas – sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.

Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).”Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

  • Public Dinar

  • Meta

  • Powered by WordPress | Try Brand New Free Phones Today. | Thanks to Bank CD Rates, Best Savings Rates and Classifieds